Friday 8 June 2012

PTPTN Beku, Pakatan Rakyat Meroyan Macam Beruk Berak Cirit!

Tak sampai dua hari PTPTN dibekukan, Kerajaan Negeri Selangor dan Pakatan Rakyat bergegar sakan. Dan pelbagai pihak dari Pakatan Rakyat yang bersungguh-sungguh untuk menyatakan bahawa Kerajaan Pusat terutama sekali UMNO telah menganiayai Selangor dan UNISEL kerana pembekuan tersebut.

Paling menarik ialah apabila Pakatan Rakyat menyatakan bahawa pembekuan tersebut dibuat hasil daripada balasan dendam terhadap Anwar Ibrahim yang menghasut para pelajar UNISEL agar tidak membayar semula pinjaman berkenaan selain berjanji PTPTN akan dimansuhkan apabila Pakatan Rakyat berjaya menguasai Kerajaan Persekutuan pada PRU13 nanti.

Kesempatan tersebut digunakan dengan sebaik-baiknya oleh Khalid Ibrahim untuk menghalalkan perbuatannya menjual aset-aset Yayasan Selangor dan beberapa agensi lain termasuklah Yayasan Basmi Kemiskinan. Pembekuan PTPTN kepada UNISEL telah memberikan idea kepada Khalid Ibrahim untuk mendedahkan beberapa projek penjualan harta benda Kerajaan Negeri Selangor.

Apa yang dilakukan oleh Kementerian Pengajian Tinggi sebenarnya telah mendedahkan buruk dan tembelang sebenar Pakatan Rakyat. Di sebalik kesungguhan Pakatan Rakyat selama ini yang kononnya berjuang untuk mendapatkan pendidikan percuma, ternyata mereka tidak mampu memberikan pendidikan percuma kepada universiti milik Kerajaan Negeri Selangor sendiri sepertimana yang mereka laung-laungkan.

Sebaliknya mulut yang sama, menganga dan meraung-raung meminta agar PTPTN dikembalikan kepada UNISEL. Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang sama, memberikan alasan, mereka masih belum Kerajaan Pusat, justeru mereka tidak boleh memberikan pendidikan percuma, walaupun sebenarnya UNISEL adalah hak milik mutlak mereka, bahkan tanggungjawab untuk menyediakan prasarana serta segala macam kemudahan lain adalah terletak di atas bahu mereka sendiri.

Maka, timbullah tanda tanya, untuk apakah PERJUANGAN PENGHAPUSAN PTPTN sebelum ini yang turut menggunakan wang rakyat Selangor yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri kepada kumpulan yang disertai oleh Adam Adli dan Khalid Ismath kalau mereka sendiri mengakui PTPTN penting untuk menghidupkan dan memanjangkan hayat UNISEL?

Ternyata, penarikan kembali pembekuan pinjaman tersebut kepada UNISEL telah membuktikan Kerajaan Pusat yang disifatkan dan seringkali dilabelkan sebagai KEJAM dan ZALIM, lebih mementingkan masa hadapan generasi pelapis berbanding berpolitik sepanjang masa seperti yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat.

Pada masa yang sama, di sebalik cakap-cakap besar Pakatan Rakyat, mereka tidak mampu pun menggunakan segala jualan hasil pasir, segala simpanan tunai yang kononnya meningkat, bahkan tidak mampu menggunakan duit jualan aset-aset anak-anak syarikat kerajaan negeri untuk membantu para pelajar UNISEL yang gagal mendapat pinjaman PTPTN.

'Drama' ini sebenarnya menyerlahkan siapa sebenarnya yang lebih prihatin dan siapa sebenarnya yang cakap saja besar tetapi isinya sentiasa kosong, sepertimana kosongnya otak Anwar Ibrahim untuk memajukan negara, tetapi sangat kreatif untuk menjahanamkan apa-apa sahaja teras dan struktur yang ada di negara ini!

No comments: