Friday 6 July 2012

Rafizi boleh disaman lagi salah tuduh George Kent



Tak malukah Rafizi dah saman dengan Dato Shahrizat pasal salah tuduh dia secara peribadi terlibat dengan NFC? Lepas itu, ada antara kenyataannya di akhbar mengenai NFCorp pun salah dan kini menunggu saman RM500 juta?

Lagi pula, kesalahan BAFIA atau Akta Perbankan yang telah dilanggar kerana mendedahkan akaun Bank hingga membabitkan sekali pemberi sumbernya di Public Bank. Ini sudah pasti kena.

Ada pertuduhan yang dibuat ketika debat yang disiarkan di kacamata TV boleh menarik saman yang pasti kalah.

Begitu gini, Rafifi berdepan dengan saman yang bila dikumpulkan memerlukan kerajaan Selangor mengeluarkan bon sebanyak beberapa juta untuk menyelesaikan hutangnya bagi mengelak dari bankrup dan tidak dapat bertanding di Pandan bagi pilihanraya akan datang.

Kali ini, Rafizi membuat pertuduhan bahawa Perdana Menteri telah memberi projek Ampang LRT kepada syarikat usahasama Malaysia yang melibatkan syarikat George Kent yang mana rakan golf Dato Najib, Tan Sri Tan Kay Hock adalah empunya.

Rafizi telah membuat laporan polis berkenaan pertuduhannya. Entah apa yang ditulisnya, tetapi jika pertuduhan itu salah dan tidak tepat, siaplah dia. Hanya memerlukan seorang hamba Allah atau salah seorang dari syarikat terbabit untuk buat laporan bahawa maklumatnya itu salah, kantollah Rafizi sekali lagi.