Tuesday 12 June 2012

Zuraidah Kamaruddin Wujudkan Team Ghostbuster Tanpa Sedar Dia Sendiri HANTU!!!


Zuraidah Kamaruddin si Mak Lampir tidak henti-henti menagih simpati dan perhatian dairpada masyarakat, khususnya pengundi-pengundi di kawasan Ampang. Dari kes lembu NFC sehinggalah kepada pendaftaran pengundi-pengundi baru di kawasan Ampang yang disifatkannya sebagai PENGUNDI-PENGUNDI HANTU, Ketua Wanita PKR itu sebenarnya lebih gemar bermain retorik daripada menjalankan tugasnya yang sebenar.

Dengan bantuan daripada Kerajaan Negeri Selangor yang telah MENCURI WANG RAKYAT SELANGOR untuk diletakkan di dalam apa yang mereka katakan sebagai USAHA PENFAILAN BANTAHAN KEPADA SPR.

Jumlah yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah RM1 juta. Dana tersebut telah diluluskan oleh Masjid Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan Ke-26 pada 3 Ogos 2011 dan telah disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Ke-28 pada 10 Ogos 2011.

Geran berkenaan terbuka kepada setiap rakyat di Selangor tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik (kononnya). Kerajaan Negeri dikatakan memandang serius terhadap aduan kepincangan daftara pengundi sedia ada dan senarai daftar pengundi baru. Dengan pelancaran geran ini, ia akan memberi peluang kepada setiap rakyat untuk menuntut satu daftar pemilih bagi membuka jalan kepada pilihanraya yang bersih dan adil.

Semuanya bermula apabila Khalid Ibrahim menyatakan bahawa perbandingan antara senarai daftar terkini dengan senarai daftar tahun 2008 perlu dilakukan secepat mungkin. Sebabnya, PKR yang telah lama mencipta cerita tentang PENGUNDI HANTU, kini diburu oleh ketakutan mereka sendiri.

Kata Khalid Ibrahim lagi, pecahan data perlu dilihat dari segi penambahan daftar pengundi mengikut kawasan, daftar pengundi baru dan yang telah dipindah kelua. Senarai daftar pengundi kemudiannya diedarkan kepada setiap Ketua Kampung untuk semakan. Di kawasan bandar, Ahli-Ahli Majlis yang akan mengeutai pasukan yang melakukan semakan ke atas daftar pengundi.

Khalid Ibrahim turut mencadangkan agar insentif produktiviti diberikan sebanyak RM2 bagi setiap helaian yang disemak dan tambahan RM1 sekiranya helaian tersebut memerlukan semakan terperinci dalam mengesan nama-nama tersebut.

Data yang diperolehi daripada semakan boleh diimbas masuk ke dalam pangkalan data yang dikendalikan oleh Pasukan Pendemokrasian Negeri Selangor di Tingkat 5, Seksyen Sektoral, UPEN. Taklimat secara terperinci telah diberikan oleh Yaakob Sapari kepada Ahli-Ahli Majlis PBT di Seksyen Sektoral, UPEN. Turut dimaklumkan taklimat telah disampaikan kepada Ketua-Ketua Kampung pada 8 Mei 2012 dan taklimat Fasa Ke-2 untuk Ketua-Ketua Komuniti serta Ahli Majlis dibuat dua minggu selepas itu.

Pakatan Rakyat nampaknya cuba bermain kongkalikong sepertimana mereka memperjudikan hidup rakyat dan penduduk Selangor dengan bekalan air bersih. Peruntukan yang besar itu, sebenarnya tidak lain tidak bukan, hanyalah untuk memenuhi tabung-tabung pilihanraya PKR dengan bertopengkan pendemokrasian. Bantuan daripada juak-juak dan penyokong Pakatan Rakyat tentang PENGUNDI HANTU telah berjaya menutup motif sebenar semakan nama pengundi.

Zuraidah Kamaruddin sebenarnya nampak DUIT-DUIT BESAR yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Terdorong dengan duit itulah, Zuraidah mengumumkan untuk membentuk pasukan GHOSTBUSTER sedangkan pada masa yang sama, di Ampang, dia adalah penternak HANTU yang paling efektif, cekap dan sentiasa menepati kehendak Pakatan Rakyat!

Zin Mohamad Sanggup Berdebat Tentang Isu Air... Khalid Ibrahim Sanggup Ke?

Zin Mohamed, Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri Selangor telah menyatakan kesanggupan untuk berdebat dengan Kerajaan Negeri Selangor berhubung isu air dalam Persidangan Meja Bulat. Sebelum ini, sudah beberapa kali perundingan dijalankan antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan, namun semuanya menemui jalan buntu apabila Kerajaan Negeri pimpinan Khalid Ibrahim lebih sakan bermain politik berbanding menyelesaikan isu air yang semakin memuncak.

Hampir 200 buah kilang baru tidak dapat dibina di Selangor kerana masalah air. Sekaligus menyebabkan lebih 50,000 peluang pekerjaan tidak dapat diadakan di Selangor hanya semata-mata kerana Khalid Ibrahim dan Pakatan Rakyat lebih memikirkan tentang keuntungan besar yang boleh diperolehi oleh kroni-kroni.

Loji Air Sungai Langat 2 yang menjadi kemelut sebenar, masih tidak dapat berfungsi walaupun terowong dari Pahang telah ditebuk selain saliran air sudah boleh dibuat kecuali tingkahlaku kebudak-budakan pimpinan negeri yang masih bermain tarik tali.

Beberapa idea BODOH dan MEMBODOHKAN telah keluar dari mulut Khalid Ibrahim. Antaranya termasuklah, Kerajaan Negeri lebih sanggup mengambil air dari Tasik Kenyir di Terengganu yang jaraknya lebih 400 kilometer berbanding air yang disalurkan dari Karak sejauh 43 kilometer.

Kerajaan Negeri Selangor juga menyatakan, air di empangan mencukupi walaupun pada masa yang sama, tidak pula menyatakan bahawa air di empangan sahaja tidak mampu membekalkan air bersih kepada penduduk jikalau loji rawatan tidak dibina dan disediakan.

Satu lagi idea yang tidak kurang bangangnya ialah apabila Kerajaan Negeri menerusi lidah Khalid Ibrahim menyatakan bahawa air banjir dan air lombong boleh dijadikan sebagai ganti air bersih untuk penduduk Selangor!

Sekali lagi, Khalid Ibrahim terlupa menyebut tentang loji rawatan air yang perlu dibina untuk merawat air berkenaan yang sudah tentu akan menelan kos yang sangat tinggi berbanding menggunakan air sungai yang sudah diketahui tahap kebersihannya.

Air di sungai-sungai Selangor tidak dapat digunakan sebagai sumber air bersih memandangkan tahap pencemaran yang tinggi selain kos yang tersangat tinggi sekiranya dirawat.

Kesediaan Zin Mohamed untuk berdebat dengan Kerajaan Negeri Selangor sebenarnya merupakan perkara terbaik yang perlu diterima oleh Kerajaan Negeri Selangor. Selama ini, Khalid Ibrahim banyak memberikan fakta TEMBAK-TEMBAK dan ASAL BOLEH termasuklah tahap simpanan air untuk penduduk Selangor.

Malangnya, sehingga kini tiada sebarang tawaran dibuat kepada Kerajaan Persekutuan untuk perbincangan tentang air bersih sebaliknya Khalid Ibrahim dan Pakatan Rakyat, lebih selesa bermain retorik dan bersilap mata sambil memperjudikan kehidupan penduduk seluruh Selangor!

Anwar Ibrahim Terkencing, Laporan Tentang Salahguna Dan Penyelewengannya Telah Dibuat!!!

Laporan Polis dari Al-Ehsan

Laporan Polis Dari UMNO NS

Berikutan pendedahan oleh Datuk Abd Murad Khallid pada 2hb Jun 2012 yang lalu, NGO-NGO di Negeri Sembilan telah bergabung membuat laporan polis dan berdemo secara aman pada petang tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban 2.


NGO yang terdiri daripada PERKASA, Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN), PPP, Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia, Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Belia DUN Senawang, Belia DUN Temiang, Biro Pengaduan Rakyat Seremban mengesa Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kenyataan dari bekas Penolong Gabenor Bank Negara itu.

Datuk Abd Murad sebelum ini telah membuat kenyataan Klik Sini bahawa ketika  Dato Seri Anwar Ibrahim memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan mempunyai akaun berkanun yang bernilai RM 3 billion.

Dari kenyataan tersebut menunjukkan Anwar semasa menjawat jawatan dalam kerajaan telah menyalahguna kuasa dan menggelapkan wang kerajaan demi kepentingan peribadi dan politik beliau. NGO-NGO terbabit juga mendesak SPRM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk membuka kertas siasatan bagi menyiasat peyelewengan tersebut.

SUMBER MERAHMATO.BLOGSPOT.COM

Monday 11 June 2012

SELANGORKU... Kontrak Billboard Siapa Yang Sapu?

Kalau kita rajin merayap di sekitar Selangor, khususnya di kawasan-kawasan yang bermajoritikan Melayu seperti Kajang, Kuala Langat dan Ampang, kita akan terpempan melihat begitu banyak billboard Kerajaan Negeri Selangor yang saiznya memang hebat!

Belum pernah berlaku dalam sejarah negeri Selangor, Kerajaan Negerinya memberikan peruntukan yang besar untuk memperkenalkan barisan Exco selain mempromosikan program Mat Jenin mereka di tepi-tepi jalan tanpa sebarang perasaan malu.

Sepanjang jalan Kelang-Banting sehinggalah ke Morib, kita akan dapat melihat ratusan pemidang, billboard, bunting dan sebagainya yang mempromosikan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Di Kajang dan Ampang, keadaan yang sama juga berleluasa. Manakala di Hulu Selangor, keadaannya tidak jauh bezanya.

Retorik tentang betapa bagusnya Kerajaan Pakatan Rakyat dan rasa tidak percaya Pakatan Rakyat yang mereka akan berjaya meneruskan pemerintahan di Selangor selepas PRU13 nanti, membuatkan pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor, MENCURI SEBANYAK-BANYAKNYA duit rakyat Selangor dan dihamburkan menerusi projek-projek seperti papantanda, billboard, bunting dan pemidang di seluruh Selangor.

Justeru, timbul pertanyaan, siapakah sebenarnya yang mendapat hak terbesar pengiklanan ini. Apa kedudukan dan peranan SELANGORKU yang didalangi oleh Teresa Kok dalam merampas hak dan duit rakyat Selangor menerusi billboard sebanyak-banyaknya yang langsung tidak mendatangkan sebarang faedah kepada rakyat Selangor?

Semakin dekat dengan PRU, semakin banyaklah billboard yang terpampang di tepi-tepi jalan seluruh Selangor, sehinggakan ULANG TAHUN KE-4 PENTADBIRAN PAKATAN RAKYAT pun hendak dibillboardkan.

Siapa yang punya proposal dan siapa sebenarnya yang dapat untung besar?

Yang pastinya, billboard-billboard berkenaan sudah tentu mempunyai unsur-unsur perniagaan yang nilainya puluhan juta ringgit dan kesemua duit tersebut datangnya daripada RAKYAT SELANGOR!

Friday 8 June 2012

PTPTN Beku, Pakatan Rakyat Meroyan Macam Beruk Berak Cirit!

Tak sampai dua hari PTPTN dibekukan, Kerajaan Negeri Selangor dan Pakatan Rakyat bergegar sakan. Dan pelbagai pihak dari Pakatan Rakyat yang bersungguh-sungguh untuk menyatakan bahawa Kerajaan Pusat terutama sekali UMNO telah menganiayai Selangor dan UNISEL kerana pembekuan tersebut.

Paling menarik ialah apabila Pakatan Rakyat menyatakan bahawa pembekuan tersebut dibuat hasil daripada balasan dendam terhadap Anwar Ibrahim yang menghasut para pelajar UNISEL agar tidak membayar semula pinjaman berkenaan selain berjanji PTPTN akan dimansuhkan apabila Pakatan Rakyat berjaya menguasai Kerajaan Persekutuan pada PRU13 nanti.

Kesempatan tersebut digunakan dengan sebaik-baiknya oleh Khalid Ibrahim untuk menghalalkan perbuatannya menjual aset-aset Yayasan Selangor dan beberapa agensi lain termasuklah Yayasan Basmi Kemiskinan. Pembekuan PTPTN kepada UNISEL telah memberikan idea kepada Khalid Ibrahim untuk mendedahkan beberapa projek penjualan harta benda Kerajaan Negeri Selangor.

Apa yang dilakukan oleh Kementerian Pengajian Tinggi sebenarnya telah mendedahkan buruk dan tembelang sebenar Pakatan Rakyat. Di sebalik kesungguhan Pakatan Rakyat selama ini yang kononnya berjuang untuk mendapatkan pendidikan percuma, ternyata mereka tidak mampu memberikan pendidikan percuma kepada universiti milik Kerajaan Negeri Selangor sendiri sepertimana yang mereka laung-laungkan.

Sebaliknya mulut yang sama, menganga dan meraung-raung meminta agar PTPTN dikembalikan kepada UNISEL. Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang sama, memberikan alasan, mereka masih belum Kerajaan Pusat, justeru mereka tidak boleh memberikan pendidikan percuma, walaupun sebenarnya UNISEL adalah hak milik mutlak mereka, bahkan tanggungjawab untuk menyediakan prasarana serta segala macam kemudahan lain adalah terletak di atas bahu mereka sendiri.

Maka, timbullah tanda tanya, untuk apakah PERJUANGAN PENGHAPUSAN PTPTN sebelum ini yang turut menggunakan wang rakyat Selangor yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri kepada kumpulan yang disertai oleh Adam Adli dan Khalid Ismath kalau mereka sendiri mengakui PTPTN penting untuk menghidupkan dan memanjangkan hayat UNISEL?

Ternyata, penarikan kembali pembekuan pinjaman tersebut kepada UNISEL telah membuktikan Kerajaan Pusat yang disifatkan dan seringkali dilabelkan sebagai KEJAM dan ZALIM, lebih mementingkan masa hadapan generasi pelapis berbanding berpolitik sepanjang masa seperti yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat.

Pada masa yang sama, di sebalik cakap-cakap besar Pakatan Rakyat, mereka tidak mampu pun menggunakan segala jualan hasil pasir, segala simpanan tunai yang kononnya meningkat, bahkan tidak mampu menggunakan duit jualan aset-aset anak-anak syarikat kerajaan negeri untuk membantu para pelajar UNISEL yang gagal mendapat pinjaman PTPTN.

'Drama' ini sebenarnya menyerlahkan siapa sebenarnya yang lebih prihatin dan siapa sebenarnya yang cakap saja besar tetapi isinya sentiasa kosong, sepertimana kosongnya otak Anwar Ibrahim untuk memajukan negara, tetapi sangat kreatif untuk menjahanamkan apa-apa sahaja teras dan struktur yang ada di negara ini!