Akhbar Sinar Harian hari ini masih melaporkan isu sampah yang dihadapi oleh rakyat Selangor berbulan-bulan lepas yang masih belum selesai hingga ke hari ini.
Menurut seorang penduduk masalah sampah di tempatnya di Subang bukannya berlaku sehari dua malah telah berbulan-bulan dan terpaksa menghidu bau busuk setiap hari.
Penamatan kontrak Alam Flora yang dilakukan oleh Kerajaan Selangor lebih kepada dendam politik dan menuduh Alam Flora syarikat kroni BN.
Apabila kontrak Alam Flora ditamatkan , rupa-rupanya masalah kroni lagi teruk. Boleh dikatakan hampir 100 % syarikat yang mendapat kontrak mengutip sampah adalah syarikat kroni-kroni PKR, DAP dan PAS. Tidak cukup dengan itu pihak kerajaan negeri pula tolong belikan lori sampah untuk kroni mereka.
Begitulah perangai pemimpin-pemimpin parti PKR, DAP dan PAS yang sering menuduh lawan mereka sebagai pencuri, dalam masa yang sama mereka adalah perompak.
Beberapa minggu lepas di beberapa tempat yang tidak pernah banjir di Klang telah berlaku banjir. Puncanya kerana saliran longkang yang tersekat. Sebaik sahaja banjir berlaku, cepat-cepat pemimpin kerajaan Selangor melatah dengan menyalahkan kerajaan persekutuan sebagai punca kepada banjir itu.
Katanya kerajaan persekutuan menyekat peruntukkan membersihkan longkang sejak mereka memerintah Selangor. Mereka perintah Selangor sejak 2008. Sedangkan hujan turun di Malaysia boleh dikatakan hampir setiap hari atau beberapa hari sekali.
Kenapa tahun 2008, 2009, 2010 dan 2011 tidak berlaku banjir jika longkang tidak dibersihkan kerana tiada peruntukan dari kerajaan persekutuan ?
Kenapa banjir hanya melanda kawasan Klang selepas 2012 ?
Selain dari Shah Alam kawasan Klang adalah kawasan yang menghadapi masalah sampah yang teruk selepas khidmat Alam Flora ditamatkan. Punca kepada masalah banjir di Klang adalah kerana sampah-sampah yang tidak diangkut dengan baik dan bertaburan merata tempat hingga ke longkang dan seterusnya menyebabkan longkang tersumbat.
Gambar di bawah yang dirakam di sekitar Bukit Tinggi Klang adalah sebagai bukti bagaimana sampah yang yang gagal diuruskan dengan baik semenjak awal tahun 2012. Bukit Tinggi adalah kawasan yang berhampiran dengan kawasan-kawasan yang dilanda banjir di Klang baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment