Monday, 9 April 2012

Anwar dan Khalid Sahkan Sistem Pilihanraya Malaysia Adil dan Telus


Menteri Besar Selangor dalam kenyataan pada 4.April.2012 menyatakan keyakinan untuk mempertahankan pemerintahannya di Selangor apabila beliau memperlekehkan kenyataan Datuk Seri Noh Omar yang menyatakan keyakinan BN memenangi 36 kerusi dalam p/raya akan datang. 

Khalid menyifatkan kenyataan Noh sebagai mendendangkan lagu lama dengan menyamakan sasaran mantan MB Selangor yang meletakkan sasaran pembangkang sifar dalam p/raya yang lepas. Klik sini 

Manakala seorang lagi anak Ibrahim yang menjadi bos kepada Khalid, Anwar Ibrahim dalam kenyataannya dua hari lepas juga menyatakan yakin BN tidak mampu merampas Selangor. Bukan setakat Selangor, Anwar juga yakin Kedah dan Pulau Pinang juga mampu mereka pertahankan. 

Bukan setakat itu sahaja, Anwar juga yakin mereka mampu tawan Putrajaya. Klik sini

Keyakinan dua anak Ibrahim tersebut adalah satu bukti yang jelas bahawa sistem pilihanraya di Malaysia berjalan dengan adil. 

Jika benar SPR menipu atau berat sebelah dalam menguruskan p/raya seperti yang mereka tuduh selama ini, maka sudah pasti awal-awal lagi mereka akan angkat bendera putih untuk mengaku kalah. Tetapi kini apa yang berlaku sebaliknya. Mereka bukannya mengaku kalah sebaliknya menyatakan keyakinan yang mereka akan menang. 
 

No comments: