Monday, 30 April 2012

Video Kereta Polis dan Pemandu Diserang




Pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong cuba membuat menipu rakyat dengan mengatakan punca kereta polis dirosakan dan anggota yang memandu dipukul kerana merempuh peserta demonstrasi haram. 

Hakikat yang sebenarnya mereka sorok. 

 Anda lihat video diatas bagaimana kereta polis dan pemandunya diserang hingga ada yang melompat-melompat atas bumbung kereta dan akhirnya pemandu tidak sedarkan diri dan kereta terbabas. 

Sekarang apabila mereka sudah tersepit, mereka cuba pusing cerita dengan mengatakan segala provokasi pada hari berkenaan dilakukan oleh polis sendiri. Tindakan tidak bertanggungjawab untuk lepaskan diri sendiri.

Saturday, 28 April 2012

Pistol Polis Trafik Dilarikan Perusuh

Seorang anggota polis trafik telah diserang dan motosikalnya cuba di bakar.

Dalam usaha untuk mempertahankan dirinya , anggota tersebut mengeluarkan senjata apinya.

Dengan secara tiba-tiba senjata tersebut telah dirampas oleh perusuh. Maklumat lanjut akan menyusul

Gambar Kereta Polis Diserang Dan Diterbalik Oleh Perusuh

Kejadian berhampiran Sogo jam 4.25




Wednesday, 25 April 2012

Tanpa Segan Silu Mahasiswa Yang Sedang Berdemo Tidur Atas Riba Awek

Siang tadi pembaca-pembaca internet telah ditunjukan satu video yang memaparkan seorang penuntut yang bernama Fahmi Reza berada bersama wanita dalam satu khemah di Dataran Merdeka.

Dibawah ini gambar yang sempat sel13 rakam secara curi-curi dua hari lepas di Dataran Merdeka yang menunjukan Fahmi sedang tidur diatas riba seorang wanita.


Untuk pengetahuan pembaca internet sekalian, wanita tersebut adalah teman wanita Fahmi. Wanita tersebut berbangsa cina. 

Nama : Liew XXX Svoon
IC No: 830925-01-5XX6

Fahmi yang dikenali sebagai seorang sosialis telah lama tinggal satu rumah dengan teman wanitanya. Sebab itu dia tidak segan-segan untuk tidur dalam satu khemah bersama teman wanitanya.

Wednesday, 18 April 2012

Kedai Jual Daging Babi Kini Bebas Dibuka Di Shah Alam


Shah Alam mula dibuka pada pada 1963. Pada 7 Disember 1978, atas perkenan DYMM Sultan Selangor ketika itu iaitu Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj. Shah Alam diisytiharkan sebagai ibu negeri Selangor yang baru. Nama Shah Alam sendiri dipilih di atas perkenan baginda.

Shah Alam telah diistiharkan sebagai Bandar Melayu Bestari dan penduduknya juga telah ditetapkan 60 % adalah orang-orang melayu yang beragama islam.

Sebarang premis perniagaan arak, judi, hiburan dan jualan daging babi secara terbuka tidak dibenarkan di Shah Alam.

Suasana telah berubah selepas PRU 12 pada 2008. Selepas diperintah PKR yang didukung kuat oleh DAP, kesucian Shah Alam telah dinodai. Satu persatu rumah urut dibuka. Diikuti dengan pub, dan juga pawagam.

Gambar dibawah ini sungguh mengejutkan. Premis menjual daging babi kini juga telah wujud Shah Alam.



Gambar diatas dirakam di Kemuning Greenville Seksyen 31 Shah Alam. Kawasan tersebut terletak bersebelahan dengan perkampungan melayu yang agak besar di Shah Alam iaitu Kampung Jalan Kebun.

Manakala kedai tersebut  pula terletak sebaris dengan sebuah restoran melayu serta premis perniagaan lain termasuk premis orang-orang islam.

Inilah yang selalu dikatakan oleh banyak pihak. Apabila ada kuasa yang sedikit dan memerintah sebuah negeri PKR dan PAS telah tunduk kepada DAP. Jika ditakdirkan mereka memerintah negara, lagilah teruk mereka akan tunduk kepada DAP.

Monday, 16 April 2012

Masalah Sampah Belum Selesai Lagi

Akhbar Sinar Harian hari ini masih melaporkan isu sampah yang dihadapi oleh rakyat Selangor berbulan-bulan lepas yang masih belum selesai hingga ke hari ini.

Menurut seorang penduduk masalah sampah di tempatnya di Subang bukannya berlaku sehari dua malah telah berbulan-bulan dan terpaksa menghidu bau busuk setiap hari.

Penamatan kontrak Alam Flora yang dilakukan oleh Kerajaan Selangor lebih kepada dendam politik dan menuduh Alam Flora syarikat kroni BN.

Apabila kontrak Alam Flora ditamatkan , rupa-rupanya masalah kroni lagi teruk. Boleh dikatakan hampir 100 % syarikat yang mendapat kontrak mengutip sampah adalah syarikat kroni-kroni PKR, DAP dan PAS. Tidak cukup dengan itu pihak kerajaan negeri pula tolong belikan lori sampah untuk kroni mereka. 

Begitulah perangai pemimpin-pemimpin parti PKR, DAP dan PAS yang sering menuduh lawan mereka sebagai pencuri, dalam masa yang sama mereka adalah perompak.

Beberapa minggu lepas di beberapa tempat yang tidak pernah banjir di Klang telah berlaku banjir. Puncanya kerana saliran longkang yang tersekat. Sebaik sahaja banjir berlaku, cepat-cepat pemimpin kerajaan Selangor melatah dengan menyalahkan kerajaan persekutuan sebagai punca kepada banjir itu.

Katanya kerajaan persekutuan menyekat peruntukkan membersihkan longkang sejak mereka memerintah Selangor. Mereka perintah Selangor sejak 2008. Sedangkan hujan turun di Malaysia boleh dikatakan hampir setiap hari atau beberapa hari sekali. 

Kenapa tahun 2008, 2009, 2010 dan 2011 tidak berlaku banjir jika longkang tidak dibersihkan kerana tiada peruntukan dari kerajaan persekutuan ?

Kenapa banjir hanya melanda kawasan Klang selepas 2012 ?

Selain dari Shah Alam kawasan Klang adalah kawasan yang menghadapi masalah sampah yang teruk selepas khidmat Alam Flora ditamatkan. Punca kepada masalah banjir di Klang adalah kerana sampah-sampah yang tidak diangkut dengan baik dan bertaburan merata tempat hingga ke longkang dan seterusnya menyebabkan longkang tersumbat. 

Gambar di bawah yang dirakam di sekitar Bukit Tinggi Klang adalah sebagai bukti bagaimana sampah yang yang gagal diuruskan dengan baik semenjak awal tahun 2012. Bukit Tinggi adalah kawasan yang berhampiran dengan kawasan-kawasan yang dilanda banjir di Klang baru-baru ini.


Tuesday, 10 April 2012

PESURUHJAYA PAS II NEGERI SEMBILAN PERGI UMRAH DENGAN DUIT SONGLAP!


Perlantikan ADUN Paroi YB Taufik Abd Ghani  sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan telah mengundang rasa tidak puas hati dikalangan ahli Pas.
Kesinambungan Ulama’ PAS ditolak ketika Muktamar PAS dilihat didalam Badan Perhubungan PAS NS.
Pemilihannya sebagai Pesuruhjaya Pas bagi penggal yang baru mendapat tentangan dari kalangan ahli parti pas sendiri kerana dikatakan tidak sebulu dengan Zulkefly Mohamad Omar (ex-Pesuruhjaya Pas NS).
Dilihat sebagai seorang angkuh dan bongkak, Taufik telah mengenepikan orang lama seperti Zulkefly Mohamad Omar untuk jawatan Tim. Pesuruhjaya Pas 1.
Seperti “Kacang Lupakan Kulit” “Kawan Makan Kawan” Taufik  telah membuang rakan-rakannya yang bekerja keras menaikkan Taufik sebagi YB demi mengejar jawatan dalam politik/parti.
Ramai dikalangan ahli parti PAS menegaskan bahawa Adun Paroi itu tidak layak untuk jawatan No 1 di dalam Pas Negeri kerana dikatakan tidak mempunyai disiplin sehingga terpaksa meletakkan jawatan sebagai s/u kerja Pas satu ketika dahulu.
Ahli-ahli parti PAS juga tidak senang dengan sikap beliau yang sambil lewa bagi mengatasi masalah penipuan dan penyelewengan didalam parti itu sendiri.


Apa nak jadi dengan Adun Paroi Taufik Abd Ghani ni.. Pergi mengerjakan Umrah pun seleweng duit parti.. 


Halooo YB Taufik...  Orang pergi Umrah tu buat ibadat bukan pergi melancong!!! Patutlah bila buat ceramah-ceramah suruh ahli amal PAS pergi kutip duit..

Dasyat sungguh pemimpin-pemimpin Pas sekarang.. Yang Mursidul Am dapat penajaan pergi Haji.. Pesuruhjaya Pas Negeri seleweng duit pergi Umrah.. 


Bukan setakat itu.. baju bersih pun berhutang.. entah-entah collection baju bersih 
masuk poket sendiri..


Wajib ditendang keluar Taufik Abd Ghani ni!!!
 

Monday, 9 April 2012

Anwar dan Khalid Sahkan Sistem Pilihanraya Malaysia Adil dan Telus


Menteri Besar Selangor dalam kenyataan pada 4.April.2012 menyatakan keyakinan untuk mempertahankan pemerintahannya di Selangor apabila beliau memperlekehkan kenyataan Datuk Seri Noh Omar yang menyatakan keyakinan BN memenangi 36 kerusi dalam p/raya akan datang. 

Khalid menyifatkan kenyataan Noh sebagai mendendangkan lagu lama dengan menyamakan sasaran mantan MB Selangor yang meletakkan sasaran pembangkang sifar dalam p/raya yang lepas. Klik sini 

Manakala seorang lagi anak Ibrahim yang menjadi bos kepada Khalid, Anwar Ibrahim dalam kenyataannya dua hari lepas juga menyatakan yakin BN tidak mampu merampas Selangor. Bukan setakat Selangor, Anwar juga yakin Kedah dan Pulau Pinang juga mampu mereka pertahankan. 

Bukan setakat itu sahaja, Anwar juga yakin mereka mampu tawan Putrajaya. Klik sini

Keyakinan dua anak Ibrahim tersebut adalah satu bukti yang jelas bahawa sistem pilihanraya di Malaysia berjalan dengan adil. 

Jika benar SPR menipu atau berat sebelah dalam menguruskan p/raya seperti yang mereka tuduh selama ini, maka sudah pasti awal-awal lagi mereka akan angkat bendera putih untuk mengaku kalah. Tetapi kini apa yang berlaku sebaliknya. Mereka bukannya mengaku kalah sebaliknya menyatakan keyakinan yang mereka akan menang. 
 

Monday, 2 April 2012

VIDEO BUKTI ORANG PAS TAHU BILA DATANGNYA KIAMAT!


Kalau sebut orang PAS, maka kita akan tahu, kebanyakan daripada mereka sangat memandai-mandai dalam mentahkikkan hukum dan ajaran Islam. Dan majoriti daripada mereka, terutama yang bergelar ulama PAS pula, sangat gemarkan bidaah dan menjadikan bidaah sebagai salah satu daripada rukun ajaran Islam. 

Apabila dikatakan dan diberitahu kepada mereka, lisan mereka salah, lantas mereka menjawab, dalam Islam ada gurau dan ada jenakanya. Justeru, kesalahan lisan yang mereka lakukan tidak salah memandangkan ia hanyalah lawak jenaka untuk menghilangkan mengantuk orang yang mendengar ceramah. 

Sedangkan dalam Islam, pengajaran isi agama tidak boleh dijadikan sebagai bahan jenaka walau atas alasan apa sekalipun. Jenaka dan gelak tawa menggambarkan isi agama yang diajarkan atau diberitahu, bukanlah perkara serius. 

Bahkan Nabi s.a.w dan para Sahabat r.a serta solafus-soleh, tidak ada seorang pun daripada mereka yang menyampaikan dakwah dan isi agama dengan cara bergurau senda, berlawak dan berjenaka. Manakala tidak ada sepatah ayat dalam tradisi pengajian Islam, penyampaian ilmu dijalankan secara bergelak tawa atau dengan unsur-unsur jenaka!

Dengar dan tonton video yang disediakan ini... mungkin bagi orang PAS, ianya bukan satu kesalahan memandangkan mereka hanyalah si bebal yang membalut kebebalan mereka dengan serban dan jubah serta 'ber ana-ente'.