Thursday 29 March 2012

Individu Berbelanja Mewah Di Selangor Didedahkan


Dalam sidang Dewan Undangan Negeri Selangor minggu lepas rakyat Selangor didedahkan oleh Datuk Dr Hassan Ali tentang seorang individu penting dalam pentadbiran negeri Selangor menjawat jawatan tertinggi di tiga buah syarikat di Selangor  menerima elaun dan berbelanja mewah sehingga ratusan ribu ringgit.

Datuk Dr Hassan juga mendakwa individu itu pergi ke China, Thailand dan Australia membabitkan kos kira-kira RM130,000 pada tahun sama. Antara kegiatan utama individu tersebut keluar negara adalah untuk bermain golf.

Mungkin kerana sudah merasa panas dengan pendedahan Hassan Ali, dua hari selepas itu individu tersebut membekalkan maklumat secara terperinci kepada Azmin Ali yang mana maklumat itu digunakan oleh Azmin untuk membelasah Hassan dalam Dewan Undangan Negeri.

Inidividu yang dimaksudkan bukannya seorang ahli politik. Beliau adalah seorang penjawat awam yang dibayar gaji dari Putrajaya. Orang yang dimaksudkan adalah Pegawai Kewangan Negeri Selangor yang pernah bercita-cita untuk menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Dato'Mohd Arif Abdul Rahman.

Walaupun Dato'Arif bukan seorang ahli politik, tetapi kelicikannya mengalahkan ahli politik. Beliau cukup licik berlakon dan berpura-pura untuk kepentingan peribadinya.

Di Putrajaya beliau berlagak sebagai seorang yang memihak kepada kerajaan semasa yang memerintah negara. Di Shah Alam beliau berlagak sebagai sebagai seorang yang pro kepada PKR.Perangai makan kelilingnya telah diketahui umum.

Beliau juga suka membawa perangai mengadu domba orang. Dengan Azmin Ali beliau akan membekalkan maklumat tentang kesalahan serta keburukan Khalid Ibrahim. Dengan Khalid Ibrahim beliau akan melaporkan tentang kesalahan serta penyelewengan Azmin Ali.

Tidak cukup dengan itu, dengan pemimpin-pemimpin UMNO pun beliau bermain wayang juga. Beliau sering juga berjumpa dengan mantan MB Selangor, Khir Toyo untuk membekalkan maklumat-maklumat tertentu dan menceritakan keburukan Khalid Ibrahim. Dengan Khalid Ibrahim pula beliau akan menceritakan keburukan Khir Toyo semasa mentadbir Selangor. 

Untuk kali ini kami akan berhenti di sini, dan kami akan kembali mendedahkan perangai buruk Pegawai Kewangan Selangor.

4 comments:

Anonymous said...

Ini baru segelintir PTD yang mementingkan diri. Sebenarnya sangat ramai "kumpulan berdarah putih" ni yang menjagi anai-anai di dalam kerajaan. Mereka ni lebih teruk dari parasit yang jelas nampak tetapi menjadi anai-anai yang sentiasa terlindung sangat sangat sangat sangat merbahaya. Nauzubillah. Bongkarkan segala maksiat kumpulan ini yang banyak merosakkan negara.

Anonymous said...

orang spesis macam ini memang dah ramai..suka ambil kesempatan untuk kepentingan diri,,

Anonymous said...

http://skandalselangor.blogspot.co.uk/2012/04/kesalahan-dato-mohd-arif-abdul-rahman.html

http://skandalselangor.blogspot.co.uk/2012/04/hasan-ali-dedah-penyelewengan-pegawai.html

Anonymous said...

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas wang tunai bernilai kira-kira RM550,000 di rumah Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) semalam.
Menurut sumber SPRM, wang tunai yang dirampas di rumah Tuan Haji Mohd Arif Ab Rahman itu merupakan mata wang asing British Pound, Euro dan Dolar Singapura.