Thursday, 22 March 2012

Selepas Sampah Kini Khalid Hendak Haru Birukan Air Selangor Pula

Kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim bersungguh-sungguh hendak mengambil balik pengurusan air Selangor dari Syabas. Pelbagai cara dan kaedah yang telah dicubanya sebelum ini semuanya menemui kegagalan.

Terbaru sewaktu menghadiri Forum Air Sedunia kali keenam di Perancis beberapa hari lepas Khalid Ibrahim telah mengambil kesempatan memburuk-buruk tentang pengswastaan air di Malaysia dihadapan peserta-peserta forum dari seluruh dunia.

Inilah perangai manusia yang meletakkan kepentingan politik lebih atas dari kepentingan negara. Sanggup memburuk-buruk negara sendiri di depan orang dari seluruh dunia.

Jika beliau seorang warga Malaysia yang bertanggungjawab beliau tidak akan membongkar kisah dalam kain sendiri ke seluruh dunia.

Selepas menghadiri forum di Perancis , Khalid Ibrahim ke London. Disana sekali lagi Khalid mengadakan pertemuan dengan beberapa pihak untuk memburuk-buruk negara sendiri.

Melalui laporan malaysiakini, Khalid mengumumkan bahawa kerajaan pimpinannya akan membawa peguam dari London bagi mencari jalan agar kerajaan negeri dapat mengambil balik konsesi air dari Syabas.

Persoalan yang timbul kini, sekiranya kerajaan Selangor mengambil alih pengurusan air dari Syabas , mampukah mereka menguruskannya ?

Empat tahun Selangor dibawah pentabiran PKR tidak ada apa-apa yang boleh dibanggakan melainkan ceramah politik dan demonstrasi jalanan.

Kerajaan negeri telah membuat keputusan menamatkan khidmat Alam Flora untuk urusan pengutipan sampah di Selangor dan mereka hendak lakukan sendiri, sampai hari apakah kesannya ?

Sampah tidak diangkut berminggu-minggu dan seribu satu masalah lain lagi. Walaupun telah beberapa bulan berlalu, sampai ke hari ini pun masalah sampah belum lagi selesai. Manakala kerajaan negeri pula baru nak beli lori sampah 50 biji.

Sedangkan sewaktu sampah diuruskan oleh Alam Flora tidak ada masalah sampah yang menghantui rakyat Selangor kerana semuanya berjalan lancar.

Semua perkara mereka hendak lakukan sendiri , tetapi mereka tidak sedar yang mereka tidak mampu lakukannya. Alasan mereka hendak jimatkan kos, yang sebenarnya mahu memberi projek kepada kroni-kroni mereka.

Cukuplah dengan masalah sampah. Janganlah pula Khalid Ibrahim nak haru birukan rakyat Selangor dengan masalah air pula.

No comments: