Monday, 26 March 2012

Simpanan RM 1.9 Bilion Bukan Dari Hasil Kejayaan Pemerintahan PKR

Khalid Ibrahim memukul canang bahawa di era pentadbirannya negeri Selangor berjaya mencipta sejarah apabila berjaya mempunyai simpanan yang tertinggi, RM 1.9 bilion.

Ya betul ! Khalid berjaya cipta sejarah. Tetapi tahukah anda dari mana sumber wang itu ?

Khalid sebagai seorang bekas ahli koporat sudah tentu beliau tahu untuk bermain dengan angka. Kemudian angka itu dipolitikan.

Sewaktu kerajaan BN menyerahkan Selangor kepada Khalid Ibrahim (2008), simpanan yang ditinggalkan adalah RM 1.4 bilion. Manakala wang tunai yang ditinggalkan pula RM 776.44 juta.

Kini dengan penuh bangganya Khalid istiharkan beliau telah mencipta sejarah kerana berjaya simpan RM 1.9 bilion. Pertambahan RM 500 juta dari apa yang ditinggalkan BN. Tetapi Khalid tidak pula mengistiharkan wang tunai yang ditinggalkan BN kini hanya tinggal separuh sahaja.

Berikut adalah rekod wang tunai negeri Selangor sejak 2005

2005 (BN) - 415.63 juta

2006 (BN) - 570.54 juta (meningkat)

2007 (BN) - 776.44 juta (meningkat)

2008 (PKR) - 733.64 juta (menurun)

2009 (PKR) - 617.20 juta (menurun)

2010 (PKR) - 458.27 juta (menurun)

2011 (PKR) - 390.89 juta (menurun)

Sekarang anda boleh lihat dengan jelas bagaimana penurunan mendadak wang tunai negeri Selangor sejak diperintah oleh PKR. 

Jika wang tunai susut dengan begitu ketara , adakah anda percaya mereka berjaya tingkatkan simpanan dari RM 1.4 bilion yang ditinggalkan BN kepada RM 1.9 bilion ?

Kami di sel13 akui memang benar RM 1.9 bilion itu wujud. Tetapi wangnya bukan dari hasil kecekapan PKR memerintah. Wang tersebut adalah hasil bayaran pampasan sebanyak RM 800 juta dari kerajaan pusat akibat pengambil alihan Putrajaya.

Wang dari hasil bayaran pampasan tersebut dimasukan ke dalam simpanan negeri bagi membolehkan angka RM 1.9 bilion tercatat dan seterusnya untuk dijadikan modal politik. 

Jika RM 800 juta itu ditolak, maka wang simpanan negeri berjumlah RM 1.1 bilion. Ini bermakna ada berlaku penyusutan sebanyak RM 300 juta dari yang ditinggalkan BN.

Tiada apa kejayaan yang dapat dibanggakan dari hasil pemerintahan mereka selama 4 tahun, melainkan temberang. Wang tunai berkurangan, simpanan negeri secara dasarnya berkurangan tetapi bertambah hasil dari bayaran pampasan Putrajaya. Muka bumi negeri semuanya jahanam akibat perlombongan pasir. Pusat-pusat latihan dan asrama Yayasan Selangor ditutup. Aset-aset termasuk tanah banyak yang dijual. Yang kaya dan bertambah kaya dari hari ke hari adalah mereka dan kroni-kroni mereka.

1 comment:

Anonymous said...

duit yayasan semua kena sapu. khalid nak bayar hutang bank dia ke?