Thursday, 29 March 2012

Individu Berbelanja Mewah Di Selangor Didedahkan


Dalam sidang Dewan Undangan Negeri Selangor minggu lepas rakyat Selangor didedahkan oleh Datuk Dr Hassan Ali tentang seorang individu penting dalam pentadbiran negeri Selangor menjawat jawatan tertinggi di tiga buah syarikat di Selangor  menerima elaun dan berbelanja mewah sehingga ratusan ribu ringgit.

Datuk Dr Hassan juga mendakwa individu itu pergi ke China, Thailand dan Australia membabitkan kos kira-kira RM130,000 pada tahun sama. Antara kegiatan utama individu tersebut keluar negara adalah untuk bermain golf.

Mungkin kerana sudah merasa panas dengan pendedahan Hassan Ali, dua hari selepas itu individu tersebut membekalkan maklumat secara terperinci kepada Azmin Ali yang mana maklumat itu digunakan oleh Azmin untuk membelasah Hassan dalam Dewan Undangan Negeri.

Inidividu yang dimaksudkan bukannya seorang ahli politik. Beliau adalah seorang penjawat awam yang dibayar gaji dari Putrajaya. Orang yang dimaksudkan adalah Pegawai Kewangan Negeri Selangor yang pernah bercita-cita untuk menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Dato'Mohd Arif Abdul Rahman.

Walaupun Dato'Arif bukan seorang ahli politik, tetapi kelicikannya mengalahkan ahli politik. Beliau cukup licik berlakon dan berpura-pura untuk kepentingan peribadinya.

Di Putrajaya beliau berlagak sebagai seorang yang memihak kepada kerajaan semasa yang memerintah negara. Di Shah Alam beliau berlagak sebagai sebagai seorang yang pro kepada PKR.Perangai makan kelilingnya telah diketahui umum.

Beliau juga suka membawa perangai mengadu domba orang. Dengan Azmin Ali beliau akan membekalkan maklumat tentang kesalahan serta keburukan Khalid Ibrahim. Dengan Khalid Ibrahim beliau akan melaporkan tentang kesalahan serta penyelewengan Azmin Ali.

Tidak cukup dengan itu, dengan pemimpin-pemimpin UMNO pun beliau bermain wayang juga. Beliau sering juga berjumpa dengan mantan MB Selangor, Khir Toyo untuk membekalkan maklumat-maklumat tertentu dan menceritakan keburukan Khalid Ibrahim. Dengan Khalid Ibrahim pula beliau akan menceritakan keburukan Khir Toyo semasa mentadbir Selangor. 

Untuk kali ini kami akan berhenti di sini, dan kami akan kembali mendedahkan perangai buruk Pegawai Kewangan Selangor.

Tuesday, 27 March 2012

Penyapu Sial, Berkasut Dalam Rumah Orang Apa Ceritanya ?


Hasil pentarbiahan DAP selama empat tahun ke atas Menteri Besar Selangor hasilnya boleh dilihat hari ini. Khalid sudah lupa jati dirinya sebagai orang melayu.

Jika dulu apabila Khir Toyo menyampaikan hadiah penyapu kepada seorang YDP pihak berkuasa tempatan pelbagai kecaman yang pembangkang lemparkan kepadanya.

Sial, suwey, majal , dan pelbagai istilah lagi digunakan untuk menggambarkan amat sensitifnya melayu dengan penyapu. Sedangkan apa yang dilakukan Khir Toyo ketika itu adalah persetujuan bersama yang telah dicapai diantara ketua-ketua PBT seluruh Selangor bersama kerajaan negeri dalam usaha untuk meningkatkan hasil serta kualiti PBT.

Hari ini seorang MB Selangor melawat rakyatnya dan bersila diatas tikar dalam keadaan berkasut. Adakah itu menepati ciri-ciri adat melayu ?

Gambar diatas menunjukan Khalid Ibrahim dalam keadaan berkasut bertemu mangsa banjir di Hulu Langat dua minggu lepas. 

Mana suara-suara yang lima tahun lepas yang menjerit penyapu bukan adat melayu ?

Monday, 26 March 2012

Simpanan RM 1.9 Bilion Bukan Dari Hasil Kejayaan Pemerintahan PKR

Khalid Ibrahim memukul canang bahawa di era pentadbirannya negeri Selangor berjaya mencipta sejarah apabila berjaya mempunyai simpanan yang tertinggi, RM 1.9 bilion.

Ya betul ! Khalid berjaya cipta sejarah. Tetapi tahukah anda dari mana sumber wang itu ?

Khalid sebagai seorang bekas ahli koporat sudah tentu beliau tahu untuk bermain dengan angka. Kemudian angka itu dipolitikan.

Sewaktu kerajaan BN menyerahkan Selangor kepada Khalid Ibrahim (2008), simpanan yang ditinggalkan adalah RM 1.4 bilion. Manakala wang tunai yang ditinggalkan pula RM 776.44 juta.

Kini dengan penuh bangganya Khalid istiharkan beliau telah mencipta sejarah kerana berjaya simpan RM 1.9 bilion. Pertambahan RM 500 juta dari apa yang ditinggalkan BN. Tetapi Khalid tidak pula mengistiharkan wang tunai yang ditinggalkan BN kini hanya tinggal separuh sahaja.

Berikut adalah rekod wang tunai negeri Selangor sejak 2005

2005 (BN) - 415.63 juta

2006 (BN) - 570.54 juta (meningkat)

2007 (BN) - 776.44 juta (meningkat)

2008 (PKR) - 733.64 juta (menurun)

2009 (PKR) - 617.20 juta (menurun)

2010 (PKR) - 458.27 juta (menurun)

2011 (PKR) - 390.89 juta (menurun)

Sekarang anda boleh lihat dengan jelas bagaimana penurunan mendadak wang tunai negeri Selangor sejak diperintah oleh PKR. 

Jika wang tunai susut dengan begitu ketara , adakah anda percaya mereka berjaya tingkatkan simpanan dari RM 1.4 bilion yang ditinggalkan BN kepada RM 1.9 bilion ?

Kami di sel13 akui memang benar RM 1.9 bilion itu wujud. Tetapi wangnya bukan dari hasil kecekapan PKR memerintah. Wang tersebut adalah hasil bayaran pampasan sebanyak RM 800 juta dari kerajaan pusat akibat pengambil alihan Putrajaya.

Wang dari hasil bayaran pampasan tersebut dimasukan ke dalam simpanan negeri bagi membolehkan angka RM 1.9 bilion tercatat dan seterusnya untuk dijadikan modal politik. 

Jika RM 800 juta itu ditolak, maka wang simpanan negeri berjumlah RM 1.1 bilion. Ini bermakna ada berlaku penyusutan sebanyak RM 300 juta dari yang ditinggalkan BN.

Tiada apa kejayaan yang dapat dibanggakan dari hasil pemerintahan mereka selama 4 tahun, melainkan temberang. Wang tunai berkurangan, simpanan negeri secara dasarnya berkurangan tetapi bertambah hasil dari bayaran pampasan Putrajaya. Muka bumi negeri semuanya jahanam akibat perlombongan pasir. Pusat-pusat latihan dan asrama Yayasan Selangor ditutup. Aset-aset termasuk tanah banyak yang dijual. Yang kaya dan bertambah kaya dari hari ke hari adalah mereka dan kroni-kroni mereka.

Saturday, 24 March 2012

PKNS – MB Selangor Sewajarnya Lebih Telus

Shah Alam, 16 Nov- Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor semalam memaklumkan PKNS telah berkerjasama dengan Transparency International (TI) bagi meningkatkan ketelusannya.

Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, malangnya setelah setahun berlalu, TI masih belum mengeluarkan lapuran mengenai pelbagai penyelewengan yang berlaku dalam PKNS. Malahan TI gagal untuk menasihatkan Pkns agar meningkatkan sistem pemantauan kewangan melalui penubuhan Jawatankuasa Audit.

Sehubungan dengan itu, GAPS mengesa Menteri Besar selaku Pengerusi PKNS menubuhkan segera Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan selaras dengan arahan dan peraturan yang ditetapkan di dalam Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 9, 10, 11 dan 12 Tahun 1993.

“Ini adalah perkara asas yang MB patut laksanakan sebagai bekas ahli korporat yang kononnya ternama.
Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia wajar menjadi panduan MB untuk meningkatkan pemantauan berkesan kesemua anak syarikat negeri Selangor termasuk PKNS.

MB wajar tidak menjadikan TI sebagai perisai untuk mempertahankan Pengurus Besar PKNS yang controversial,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Sayugia juga GAPS ingin mengingatkan MB untuk menyemak semula memorandum bantahan yang dihantar oleh kesemua lima persatuan kakitangan PKNS yang mewakili 531 kakitangan PKNS yang antara lain mengesa perkhidmatan Pengurus Besar PKNS sekarang ditamatkan di atas ketidak-kepercayaan kesemua kakitangan dan pegawai Pkns terhadap kepimpinan beliau.

“En Osman Omar bagus dan bergaji besar serta bonus 7 bulan” bukan jawapan yang rakyat mahu dengar, kerana selama 2 tahun menjadi pengurus besar PKNS, rakyat masih ternanti-nanti sumbangan beliau kepada PKNS dan negeri Selangor secara keseluruhan nya,” tambahnya yang juga Mantan Ketua AMK Negeri Selangor.

Sampah terbiar menimbun, Kerajaan negeri seronok joli

Jika sebelum ini di sini kami memberi komen mengenai pembelian “compactor” sebanyak 50 buah, Sinar Harian ini melaporkan anak syarikat kerajaan negeri, Worldwide Holdings Berhad (WHB) menanggung kos RM800,000 sebelum tapak pemindahan sisa pepejal (SATS) di Seksyen 21 mula beroperasi pada Januari 10, 2012.

Dua isu timbul dari kenyataan exco kerajaan tempatan, kajian dan penyelidekan, Ronnie Liu di sidang Dewan Undangan negeri. Pertama, jika tapak beroperasi sudah beroperasi, kenapa pula sampah di kawasan perbandaran di Petaling Jaya, Shah Alam, dan lain-lain menjadi masaalah.

Kedua, sudahlah kerajaan negeri perlu belanja 50 compactor, setiap PBT diminta membuat inisiatif tambahan, dan kini WHB perlu belanja RM800,000.

Selain kesusahan yang dihadapi oleh rakyat kerana ganguan perkhidmatan hasil dari kerajaan negeri untuk memaksa Alam Flora memberhentikan perkhidmatan secara sukarela, kerajaan negeri perlu membuat perbelanjaan tambahan untuk menyediakan perkhidmatan sisa pepejal.

Jika Alam Flora dibiarkan berkhidmat tanpa ganguan dari kerajaan negeri, tiada perlu perbelanjaan dan masaalah perkhidmatan pada rakyat.

Selain itu, apa perlu WHB yang bukan di dalam perniagaan sisa pepejal mengeluarkan belanja? Anak syarikat kerajaan negeri tidak sepatutnya dipaksa belanja untuk sesuatu diluar bidang urusan mereka. Ini adalah urusan perbelanjaan kerajaan negeri.

Dibuatnya ada pemegang saham lain dari kerajaan negeri, tentulah ini sesuatu amalan yang tidak amanah dan tidak bertanggungjawab.

Alam Flora telah melaburkan wang untuk membeli pengangkutan, membina operasi, mesin memproses dan lain-lain. Tambahan pula, operasi mereka sudah berjalan dengan lancar bertahun-tahun.

Jika tidak kerana ganguan dari kerajaan negeri menukar sempadan kawasan operasi, menangguh pembayaran, dan lain-lain tipu helah untuk menjadikan operasi mereka rugi, Alam Flora tidak akan berhenti begitu saja.

Apa disebalik perbelanjaan yang tidak perlu ini? Adakah pihak tertentu yang akan untung dan keuntungan itu dibahagi-bahagi dengan pihak tertentu?
  
Wallahu alam.

Azmin hanya terdaya nafi tuduhan Zin

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Khamis menafikan dakwaan kononnya parti itu menerima dana asing daripada pihak luar bagi menggerakkan jentera pilihan raya pada pilihan raya umum 2008.

Sambil menyifatkan tuduhan itu berniat jahat dan tidak berasas, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata menggesa pihak yang membuat dakwaan berkenaan tampil mengemukakan bukti.

“Ini semua tuduhan jahat yang tidak berasas. Kalau benar ada (dana luar) mengapa sehingga hari ini tiada tindakan daripada pihak berkuasa,” katanya ketika ditemui mStar Online di Parlimen di sini.

Sebelum ini Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed mendedahkan bahawa Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggunakan khidmat agensi Yahudi bagi mengerakkan parti itu merancang kempen pilihan raya.

Menurut Mohd Zin, agensi yang dimaksudkan ialah Yayasan Konrad Adeneur (KAF) yang berperanan membantu Anwar dari segi dana dan latihan modal insan, selain menyerap masuk badan pemikir melalui Institut KajianDasar (IKD).

Mengulas lanjut Mohamed Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata Umno kini semakin terdesak hingga terpaksa memfitnah pihak lawan bagi meraih sokongan rakyat.

“Sebab itu dalam perbahasan, saya minta Umno hentikan budaya fitnah, samseng, tumpukan kepada soal rakyat, dasar, program mengangkat martabat rakyat.

“Ini yang dihadapi Umno hari ini. Mereka tak mampu mendepani isu rakyat. Yang ada pada mereka hanya fitnah dan budaya samseng tanpa sebarang asas.

“Bagi saya Umno sudah hilang idealisme perjuangan mereka berbanding suatu ketika dahulu mempunyai matlamat yang cukup jelas mengangkat martabat Melayu dan Islam,” katanya. – mStar

Pendedahan Skandal Rasuah Tian Chua, William Leong dan Baru Bian

Ini adalah pendedahan terbaru RPK yang disiarkan oleh www.malaysia-today.net. Kisah ini melibatkan beberapa kepimpinan PKR yang menuntut rasuah sebanyak USD 10 juta dari sebuah syarikat.

Perkara tersebut melibatkan projek pengswastaan antara Kerajaan Selangor dengan sebuah syarikat yang dikenali sebagai Azam dan Azan Sdn Bhd (AASB).

Projek tersebut berkenaan pembangunan Pasar Selayang serta pembangunan sekitar termasuk lot-lot kedai dan perumahan yang bermula sejak tahun 1997. Ianya terbahagi kepada tiga fasa.

Fasa pertama telah siap pada tahun 2009. Fasa kedua dan ketiga tidak dapat dimulakan kerana tapaknya diduduki oleh peniaga-peniaga yang enggan berpindah ke tapak baru di fasa pertama yang telah pun siap.

Pelbagai cara dan usaha yang dilakukan oleh kontraktor berkenaan (AASB) untuk memulakan fasa kedua dan ketiga, semuanya menemui jalan buntu. Akhirnya AASB memilih untuk mencari penyelesaian melalui jalan politik. Melalui seorang pemimpin PKR Sarawak , Baru Bian, AASB telah diperkenalkan kepada ahli parlimen Selayang yang juga bendahari PKR Pusat , William Leong. Setelah beberapa kali berbincang mereka telah mencadangkan agar perkara tersebut dibawa ke perhatian MB Selangor.

Untuk memudahkan kerja melobi MB, mereka harus cari orang yang MB boleh mendengar cakapnya. Lalu Baru Bian telah memperkenalkan Tian Chua kepada kontraktor berkenaan. Ini kerana Tian Chua dikatakan menjadi telinga kepada MB Selangor. Selepas itu kes berkenaan diambil alih oleh Tian Chua dari William Leong.

Setelah diambil alih oleh wakil MB Selangor iaitu Tian Chua, maka bermulalah satu episod baru kepada AASB. Tidak lama selepas itu, dan mungkin setelah mendapat lampu hijau dari Pejabat MB Selangor atau dari ibu pejabat PKR, Tian Chua telah bertemu dengan AASB dan meletakkan syarat-syarat berikut.
  • AASB diminta mengemukan penyata tuntutan sebanyak RM 70 juta untuk pembinaan pasar dalam fasa pertama dan
    tuntutan itu AKAN DILULUSKAN oleh kerajaan negeri.
  • AASB diminta untuk melepaskan fasa kedua serta ketiga dan bayaran RM 70 juta yang AKAN DILULUSKAN oleh kerajaan negeri termasuk sebagai ganti rugi kerana AASB sedia melepaskan dua fasa berkenaan.
  • AASB diminta untuk menyerahkan tanah bagi fasa kedua dan ketiga kepada sebuah syarikat yang ada kaitan dengan seorang pimpinan PKR.
  • Daripada jumlah RM 70 juta yang diterima dari AASB, sebanyak USD 10 juta (RM 30 juta) perlu dikembalikan kepada Tian Chua sebagai derma kepada PKR.
Mereka nak bayar RM 70 juta, kemudian nak ambil balik tanah dan nak balik wangnya RM 30 juta. Nak bayar dalam RM, nak balik dalam USD.

Kenapa mereka nak balik dalam USD ?

Ini wang rasuah

Kalau diberi dalam wata wang Malaysia, not paling besar adalah RM 100. Untuk isi not RM 100 sebanyak RM 30 juta , entah berapa guni atau beg yang diperlukan, dan juga masalah tempat untuk menyimpannya. Jika diberi dalam mata wang US, not paling besar juga USD 100, tetapi ianya bersamaan dengan RM 300. Maknanya dua kali ganda beg atau guni telah berjaya dikurangkan. Wang rasuah transaksinya semua tunai. Tidak ada orang yang lakukan transaksi rasuah melalui bank.

Thursday, 22 March 2012

Selepas Sampah Kini Khalid Hendak Haru Birukan Air Selangor Pula

Kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim bersungguh-sungguh hendak mengambil balik pengurusan air Selangor dari Syabas. Pelbagai cara dan kaedah yang telah dicubanya sebelum ini semuanya menemui kegagalan.

Terbaru sewaktu menghadiri Forum Air Sedunia kali keenam di Perancis beberapa hari lepas Khalid Ibrahim telah mengambil kesempatan memburuk-buruk tentang pengswastaan air di Malaysia dihadapan peserta-peserta forum dari seluruh dunia.

Inilah perangai manusia yang meletakkan kepentingan politik lebih atas dari kepentingan negara. Sanggup memburuk-buruk negara sendiri di depan orang dari seluruh dunia.

Jika beliau seorang warga Malaysia yang bertanggungjawab beliau tidak akan membongkar kisah dalam kain sendiri ke seluruh dunia.

Selepas menghadiri forum di Perancis , Khalid Ibrahim ke London. Disana sekali lagi Khalid mengadakan pertemuan dengan beberapa pihak untuk memburuk-buruk negara sendiri.

Melalui laporan malaysiakini, Khalid mengumumkan bahawa kerajaan pimpinannya akan membawa peguam dari London bagi mencari jalan agar kerajaan negeri dapat mengambil balik konsesi air dari Syabas.

Persoalan yang timbul kini, sekiranya kerajaan Selangor mengambil alih pengurusan air dari Syabas , mampukah mereka menguruskannya ?

Empat tahun Selangor dibawah pentabiran PKR tidak ada apa-apa yang boleh dibanggakan melainkan ceramah politik dan demonstrasi jalanan.

Kerajaan negeri telah membuat keputusan menamatkan khidmat Alam Flora untuk urusan pengutipan sampah di Selangor dan mereka hendak lakukan sendiri, sampai hari apakah kesannya ?

Sampah tidak diangkut berminggu-minggu dan seribu satu masalah lain lagi. Walaupun telah beberapa bulan berlalu, sampai ke hari ini pun masalah sampah belum lagi selesai. Manakala kerajaan negeri pula baru nak beli lori sampah 50 biji.

Sedangkan sewaktu sampah diuruskan oleh Alam Flora tidak ada masalah sampah yang menghantui rakyat Selangor kerana semuanya berjalan lancar.

Semua perkara mereka hendak lakukan sendiri , tetapi mereka tidak sedar yang mereka tidak mampu lakukannya. Alasan mereka hendak jimatkan kos, yang sebenarnya mahu memberi projek kepada kroni-kroni mereka.

Cukuplah dengan masalah sampah. Janganlah pula Khalid Ibrahim nak haru birukan rakyat Selangor dengan masalah air pula.