Friday 6 July 2012

Rafizi boleh disaman lagi salah tuduh George Kent



Tak malukah Rafizi dah saman dengan Dato Shahrizat pasal salah tuduh dia secara peribadi terlibat dengan NFC? Lepas itu, ada antara kenyataannya di akhbar mengenai NFCorp pun salah dan kini menunggu saman RM500 juta?

Lagi pula, kesalahan BAFIA atau Akta Perbankan yang telah dilanggar kerana mendedahkan akaun Bank hingga membabitkan sekali pemberi sumbernya di Public Bank. Ini sudah pasti kena.

Ada pertuduhan yang dibuat ketika debat yang disiarkan di kacamata TV boleh menarik saman yang pasti kalah.

Begitu gini, Rafifi berdepan dengan saman yang bila dikumpulkan memerlukan kerajaan Selangor mengeluarkan bon sebanyak beberapa juta untuk menyelesaikan hutangnya bagi mengelak dari bankrup dan tidak dapat bertanding di Pandan bagi pilihanraya akan datang.

Kali ini, Rafizi membuat pertuduhan bahawa Perdana Menteri telah memberi projek Ampang LRT kepada syarikat usahasama Malaysia yang melibatkan syarikat George Kent yang mana rakan golf Dato Najib, Tan Sri Tan Kay Hock adalah empunya.

Rafizi telah membuat laporan polis berkenaan pertuduhannya. Entah apa yang ditulisnya, tetapi jika pertuduhan itu salah dan tidak tepat, siaplah dia. Hanya memerlukan seorang hamba Allah atau salah seorang dari syarikat terbabit untuk buat laporan bahawa maklumatnya itu salah, kantollah Rafizi sekali lagi.


Baik-baiklah membuat tuduhan bahawa George Kent tidak layak untuk masuk tenbder kerana partner mereka sudah dilayakkan oleh technical committee. Tahulah bahawa pertuduhan itu bertujuan untuk memberi hujah kepada tuduhan salah bahawa George Kent dapat melalui kroni.

Sebenarnya George Kent telah melalui apa yang diperlukan dan bukan dato Najib yang membuat keputusan tetapi ditetapkan oleh Tender Board yang mana Perdana Menteri atau mana-mana wakil dari pejabatnya tiada terlibat.

George Kent mendapat projek itu dengan bersyarat dan mereka sedia bekerjasama untuk memenuhi syarat itu demi kepentingan kebangsaan.

Disebalik syarat itu pun ada ceritanya. Ia melibatkan kepentingan suatau pihak yang rapat dengan Rafizi atau organisasi yang Rafizi terlibat. Jika projek itu berjaya pihak itu perolehi, maka organisasi yang Rafizi terlibat pun turut merasakan keuntungannya.

Apakah dia? Tik tok tik tok ...sabar dahulu. Tunggu masa akan ada pihak yang dedahkan.

Kalau nak timbulkan isu, janganlah diri sendiri ada kepentingan. Nanti hanya memalukan diri sendiri saja. Sudahlah itu, kemungkinan pula akan disaman. Akhirnya hanya membodohkan diri sendiri dan orang ramai tidak akan percaya lagi.

PKR ada kepentingan dalam projek LRT Ampang? Hehehe ... janganlah cuba untuk menafikan. MAsih tidak tahu lagikah?

Baiklah, baca Malaysia Today Raja Petra di sini. Adalah klu situ. Jawapannya tidak terus tetapi orang yang tahu saja boleh faham.

Pandaikah Rafizi?

Mana nak dikata pandai bila dia tidak boleh bezakan kroni dan kawan. Sementang Dato Najib berkawan dengan Tan Sri Tan, tidak semesti bermakna ada kelebihan diberi kepadanya. Jika ada, buktikanlah.

Bukan setakat dengan satu pihak yang ada kepentingan. Diluar mana kamu tahu proses dalam kerajaan yang telah dilakukan mengikut tatacara yang ditetapkan.

Tugas Rafizi sebagai penuduh untuk buktikan proses itu tidak mengikut prosedur yang ditetapkan. Jika salah atau tidak boleh tuduh, bakal menigkat ke billion huitang saman Rafizi.

Kesian diperguna Anwar untuk buat pertuduhan bodoh dan salah yang akhirnya memakan diri selama-lamanya.

2 comments:

Unknown said...

Salam ziarah..

Pendedahan yang sangat menarik.

Blog hebat ini sudah dipautkan di blog kami dan dijadikan sebagai salah satu sumber rujukan.

Mohon jasa pihak tuan untuk memautkan blog kami di blog ini juga.

Terima kasih,

admin@JD
jeringdaily.blogspot.com

Anonymous said...

The quality of mobile games, flash games here dead trigger 2 hack is legal and profitable.
As the name suggests it is made to ride strapped to the language of choice:
choose from the shipping package.