Tuesday 1 May 2012

Video Bukti Arahan Langsung Dari Anwar Untuk Rempuhan Pagar Dan Mulakan Kekacauan!


Anwar Ibrahim dalam sidang media yang diadakan semalam bersama-sama Azmin Ali, Kadir Syeikh Fadzir dan Wan Azizah telah menafikan dia mengeluarkan arahan untuk memulakan kekacauan. Manakala Azmin Ali pula menafikan sekeras-kerasnya yang dia telah memberi arahan langsung kepada seorang lelaki India yang berada di pagar keselamatan yang dikenalpasti sebagai pemimpin PKR Negeri Sembilan.
Mungkin Anwar Ibrahim dan Azmin Ali fikir dengan membuat penafian itu, mereka boleh terus menipu kerana tiada sesiapa pun yang akan percaya dengan segala bukti yang dipaparkan!
Pasangan kekasih itu barangkali telah melakukan kesilapan yang cukup besar!
Dengan ratusan kamera, blackberry dan gadjet lain yang digunakan untuk membuat rakaman peristiwa, Anwar Ibrahim dan Azmin Ali tidak boleh terus menipu tentang perbuatan khianat dan subversif mereka.
Tontoni video yang disediakan ini dan perhatikan bagaimana seorang lelaki India yang melihat isyarat Azmin Ali, pantas membuka pagar untuk dirempuh oleh perusuh-perusuh BERSIH 3.0 yang lain!

1 comment:

Anonymous said...

Pada 28/08/2009 demonstrasi kepala lembu jadi isu panas menggemparkan negara. Banyak laporan polis telah dibuat. Kita tidak hairan jika pihak kuil Hindu dapat sokongan kaumnya. Apa yang menghairankan sikap pemimpin Islam PR yang keluarkan pelbagai fatwa konon demo kepala lembu menghina anutan agama lain. Pada 04/09/2009 Harakah tuduh UMNO dalang kepala lembu. Kenapa setiap bantahan penduduk pemimpin PR salahkan UMNO?. Kenapa pemimpin dan blog pro PR membela pihak yang buat provokasi kepada penduduk Seksyen 19?. Melayu bawa kepala lembu jadi isu sensitif sedangkan pengunjung kuil tidak penduli sensitiviti penduduk Seksyen 19?. Aktiviti kuil mengganggu ketenteraman awam dikawasan majoriti Islam. Kenapa ada sikap double standard dalam isu kuil itu?. Pada April 2008 bendera PAS dan PKR digantung pada papan tanda PKNS, mereka kata dua parti sokong kuil tak payah pindah?. Kenapa bendera parti Islam berkibar disitu?. Pada 26/07/2008 pengunjung kuil buat perarakan bergendang bawa patung besar waktu tengah malam jam 1 pagi, suasana malam itu kecoh. Tetapi tidak ada tindakan susulan selepas aduan dibuat kepada wakil rakyat Shah Alam walaupun ada ugutan bunuh pada malam itu. Malah gangguan semakin kronik hingga Dis 2008 penduduk minta bantuan NGO. Kedatangan NGO diserang Khalid Samad (semak minaq jinggo 08/01/2009 Ahli Parlimen pertahan kuil). Berderet artikel Khalid Samad menuduh NGO sebagai gerombolan UMNO buat provokasi kepada kuil Hindu. UMNO dipersalahkan konon tidak selesaikan isu kuil Seksyen 19. Kenapa Khalid Samad membela pihak yang buat provokasi kepada penduduk Islam?. Kenapa wakil rakyat tidak peduli situasi sukar, tekanan emosi dan risiko dihadapi penduduk ketika itu?. Adakah YB Khalid menunggu keadaan jadi kritikal baru hendak membantu?. Kenapa tidak persoalkan kenapa pihak kuil enggan keluar walaupun sudah diarahkan pindah?. Kenapa kuil kecil itu dibesarkan tanpa pelan dan permit PBT walaupun mereka tahu disitu tapak rumah PKNS?. Selepas PR berkuasa Mac 2008 pemindahan kuil ke Seksyen 22 diluluskan BN pada 29/12/2007 dibatalkan dengan alasan tapak itu jauh kedalam. Gangguan kuil semakin menjadi-jadi hingga berlaku pelbagai ugutan. Aduan demi aduan tidak ada tindakan, bila minta bantuan luar Khalid Samad buat pelbagai tuduhan. Pada Jan 2009 NGO hantar memorandum desak kuil pindah. PR bersetuju pindahkan kuil ke Seksyen 23. Penduduk Islam bantah tidak mahu kuil besar dibina dikawasan mereka. Mereka persoalkan kenapa surat pesetujuan pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 pada 07/05/2009 ditanda tangani oleh YB Rodziah, YB Khalid Samad dan wakil kuil sahaja?. Kenapa tiada wakil penduduk Sek 23 dipanggil dalam mesyuarat itu?. Pagar tapak kuil satu ekar di conteng penduduk kerana marah tapi MB Selangor berkeras hendak bina kuil disitu. Kenapa Pertubuhan NGO Islam lebih prihatin membantu penduduk Islam?. Selepas demo kepala lembu kuil tidak jadi dibina di bersebelahan padang permainan Seksyen 23, kuil Seksyen 19 dipindahkan bersebelahan kilang Nitto Denko Seksyen 23. Kita bersimpati kepada 6 NGO Islam dan 6 penduduk Seksyen 23 yang terpaksa turun naik mahkamah kerana demo kepala lembu. Pihak yang menyebabkan bantahan penduduk Seksyen 23 menuding jari kepada pihak lain demi untuk menutup kesilapan sendiri. Sebuah filem dokumentari Tauke Mancis dan Minyak Tumpah ditayangkan di Menara PKNS pada 16/10/2010 memaparkan kesah kumpulan penduduk Melayu yang menentang pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 (http://freedomfilmfest.komas.org/fff/kisah-tauke-mancis-minyak-tumpah). Wakil Rakyat Shah Alam menyalahkan UMNO dalam isu kuil di Seksyen 19 dan bantahan penduduk Seksyen 23. Penduduk yang menonton filem itu tahu fakta sebenar berlaku di Seksyen 19 dan sebab berlakunya bantahan penduduk Seksyen 23. Isu kuil Seksyen 19 hanya selesai pada 02/02/2012 selepas campur tangan Pertubuhan NGO Islam dan menjadi isu Negara tahun 2009.