Sunday 13 May 2012

Jelas Dan Terang DAP Kuasai Selangor


Gambar diatas diambil pada 11 Mei 2012 ketika program lawatan Khalid Ibrahim ke Kuala Langat. Lawatan tersebut adalah bersempena dengan Tahun Melawat Kuala Langat yang dirasmikan oleh Khalid 'camera' Ibrahim. Ini merupakan program menyamun Eli Wong dengan menyediakan 15 projek pelancongan di Selangor.

Boleh semak di web Selangorku pasti jumpa majlis perasmian program tersebut tanpa menyiarkan gambar belon gas helium. Senyum lebar Khalid Ibrahim disendeng Eli Wong.

Apa yang mahu ditekankan tulisan ini ialah berkenaan belon gas helium yang ada semasa program tersebut. Apa yang kita nampak dan apa yang kita terfikir?

Terfikirkah rakyat Selangor dan penyokong PAS merasakan Selangor seolah-olah diperintah oleh DAP.  Dengan 3 bendera DAP di belon gas itu memperlihatkan penguasaan mereka dalam pentadbiran Kerajaan Selangor. Ini signal halus yang mahu ditonjolkan DAP terhadap gabungan pembangkang.

Kenapa mesti 3 bendera? Apakah ini melambangkan 3 bintang dalam ideologi komunis?

Jika ahli PAS melihat pasti terasa bangsat kerana Kerajaan Selangor seolah-olah membangsatkan PAS dengan meletakkan bendera mereka ditahap bawah.

No comments: